Blog-tag ni daripada Cik Hani, kawan baik/hunny bunny saya. Seorang yang gemar dan rajin tag orang dan buat blog-tag. Jujur, saya pun suka buat sebab seronok jawab soalan yang kadang-kala bukan2, bila nak jawab...rasa nak gelak, suka baca jawapan orang lain, ade yang sengal, ade yang sempoi, ade yang berunsur skema. Lagipun, pembaca blog saya yang sebilangan besar terdiri daripada kenalan dan kawan-kawan saya dapat mengenali saya dengan lebih dalam (entry kali ni ayat skema)
1. Apakah status anda.
Sekarang tahun akhir/semester akhir ijazah perniagaan antarabangsa, UiTM Shah Alam, jadi pelajar praktikal dekat TM Taman Pelangi. Nak sambung ke peringkat seterusnya, masih lagi nak belajar, tapi buat keputusan nak bekerja dulu.
Buat masa ni saya ada teman tapi mesra. Cik abang yang jauh dekat Perak nun...orang Johor jugak. Jadi, buat masa ni saya single but taken. Kawan dulu, kenal hati budi...*blushing*.
2. Ceritakan tentang diri anda.
Anak pertama dari 4 adik beradik, menetap di JB. Seorang yang berfikiran terbuka dan kadang-kala suka buat perkara pelik. Tersangatlah mesra alam dan jujur dalam perhubungan...suka berbincang dan suka berbual sebab banyak idea yang bernas+merepek. Senang marah dan cepat sejuk. Belum fikir nak berumah tangga, tapi kalau dah sampai seru, tak menolak. Amat tak suka pada lelaki yang tak ade pendirian dan tak boleh buat keputusan/dengar je cakap orang.
3. Ceritakan tentang blog anda.
Blog ni dah berumur 2 tahun, maknanya saya dah mula jadi blogger 2 tahun lepas selepas di-usha oleh kawan2 baik. Sebenarnya...tujuan utama blogging ni nak update kawan2 tentang status dan apa yang saya buat sekarang. Masing2 dah bawak haluan sendiri, dah kat merata2 dunia, saya rasa ini salah satu cara paling berkesan nak berhubung.
Entry saya: Blogging is Cool
4. Apa pandangan anda tentang dunia blog.
Setiap orang mempunyai pandangan berbeza tentang blogging. Ada yang menggunakan blog untuk meluahkan perasaan dan pendapat, untuk tujuan bisnes, kelab, politik, minat, ada juga yang menyalahgunakan blog untuk menghentam orang. Pada awalnya, saya cuma baca blog kawan2 saya je...tak minat nak baca blog orang lain sebab tak kenal, tapi sekarang ni dah tak kisah...suka suki baca, tapi takdela hari2 baca blog orang, amatlah jarang kecuali blog mereka2 yang berada di blogroll saya. Pernah tanya kawan2, "ade blog tak?"...ada yang jawab blog ni buang masa, tempat orang emo. Itu pendapat masing2 tapi bagi saya, blog ni peluang kita untuk mendapat kenalan dan asah bakat menulis, boleh erat silaturrahim, bertukar pendapat dan idea. Elak jadi katak bawah tempurung. Lagipun, blog saya bukan orang Malaysia je baca. Jadi, kenalan saya sedunia. Best!
5. Nasihat kepada rakan2 yang baru nak berblog.
Terpulang pada kamu nak kategorikan blog kamu, sama ada blog peribadi/bisnes/etc...Tapi janganlah menyalahgunakan blog untuk kesenangan sendiri dan menghentam orang, jadi blogger yang sempoi/profesional.
6. Nyatakan keunikan blog anda.
Blog kamu melambangkan diri kamu macam mana. Kawan2 cakap, blog saya menunjukkan yang saya ni suka berkawan, seorang yang girlish, suka perkara yang berseni...semua tu betul. ^_^
7. Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog.
Saya akan berblog selagi mampu. Saya suka bertukar pendapat/idea dan menambah kenalan...dan berharap saya tak putus hubungan dengan kawan yang sedia ada.
p/s: thx hani for tagging...xoxo
No comments:
Post a Comment
your comments are appreciated and i will try to reply them a.s.a.p